
CHARMS PERKUKUH PENDEKATAN PENYELIDIKAN MELALUI PERBINCANGAN BERSAMA UiTM SHAH ALAM
November 19, 2026Alhamdulillah, Founder CHARMS Cosmetic Skincare, Nur Bashirah Hussin, berpeluang berkongsi perjalanan keusahawanan dalam sesi Building What’s Next: Entrepreneurship, Innovation & Turning Ideas Into Business sempena Yayasan Peneraju Leadership Conference 2026 di KLGCC Convention Centre.
Dalam perkongsian ini, Nur Bashirah membawa peserta menyelami perjalanan sebenar membina CHARMS sejak 2012, termasuk cabaran, fasa struggle, jatuh bangun serta proses yang membentuk perjalanan perniagaan sehingga hari ini.
Perkongsian berasaskan pengalaman sebenar ini mendapat respons yang baik daripada peserta melalui pelbagai soalan dan interaksi.
Bagi CHARMS, berkongsi ilmu dan pengalaman merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti usahawan dan pemimpin masa depan.








